
PETALING JAYA: KK Mart menggantung semua urusan perniagaan dengan pembekal sandwich yang dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Universiti Malaya (UM).
Dalam satu kenyataan, rangkaian kedai serbaneka itu juga memaklumkan bahawa bekalan produk daripada Shake and Bake Café untuk semua cawangannya dihentikan.
“Sebagai makluman, hanya 16 Kedai KK Mart yang menawarkan produk ini,” katanya.
KK Mart turut menjelaskan bahawa Shake and Bake Café tidak diberi kebenaran untuk menggunakan logonya pada pembungkusan produk tersebut.
“KK Mart juga mengambil tindakan dengan membuat laporan polis pada 11 Jan berhubung perkara ini.
“Kami juga telah mengarahkan peguam kami, tentuan David Gurupatham & Koay, untuk mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 10 Jan kepada Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mengenai isu ini,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL