Menterinya Fahmi Fadzil berkata, pemilik Facebook tersebut lambat bertindak terhadap iklan penipuan di media sosial itu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan satu pertemuan dengan syarikat Meta bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memahami isu kelembapan “mengesan” iklan promosi penipuan dalam talian.
Menterinya Fahmi Fadzil mengambil contoh kes penipuan pencuci rumah mahupun jualan kereta yang berlaku sebelum ini berkata, tiada maklum balas daripada syarikat pemilik media sosial Facebook tersebut.
“Kami ingin cuba memahami kenapa pihak Meta begitu lambat atau lembap dalam mengenal pasti penipuan yang berlaku menerusi dalam talian,” katanya selepas menghadiri program ramah mesra bersama pengguna media sosial di Muzium Telekom.
Tambahnya, mungkin ada keperluan untuk…