Kesemua kampung berkenaan sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti pemasangan internet satelit di 200 kampung seluruh Kelantan agar penduduk kawasan berkenaan dapat manfaat rangkaian internet yang lebih baik.
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kesemua kampung berkenaan sukar diakses kerana terletak di luar bandar atau pedalaman.
“Sebelum kita buat ikhtiar atau program, kita mesti buat kajian rapi bagi memastikan penyelesaian itu sesuai dengan manfaat tempat berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Agihan Bakul Makanan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Kelochor di sini hari ini.
Justeru katanya, pihaknya akan mengkaji semula…
