
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak semula proses pelesenan dan kawal selia di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) bagi menangani kebimbangan industri mengenai kelewatan dan peningkatan kos.
Menterinya, Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu bertujuan untuk memperkemas prosedur memandangkan proses yang panjang akan menjadikan kos operasi lebih tinggi yang seterusnya akan ditanggung pesakit.
“Kami sedang menyemak semula proses pelesenan dan kawal selia Akta 586 kerana kami mendengar kebimbangan industri bahawa ia mengambil masa terlalu lama dan menambah kos yang kelaknya terpaksa ditanggung pesakit,” katanya dalam satu hantaran di aplikasi X.
Dzulkefly turut berkata kementerian mempelawa semua hospital swasta untuk…