Langkah-langkah diambil termasuk mempercepat pelantikan graduan perubatan secara kontrak, dan melantik semula pegawai perubatan yang telah bersara.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital dan klinik awam, kata menterinya, Dr Zaliha Mustafa.
Langkah ini termasuk mempercepat proses pelantikan graduan perubatan secara kontrak dengan mengetepikan proses temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, meningkatkan peluang latihan kepakaran untuk doktor, dan melantik semula pegawai perubatan yang telah bersara secara kontrak.
“Sehingga 31 Dis 2022, terdapat seramai 6,985 pakar perubatan, 52,666 pegawai perubatan dan 69,608 jururawat sedang berkhidmat di fasiliti KKM,” katanya dalam…