
PUTRAJAYA: Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
Sibutramine merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar atau selera makan (appetite suppressant) yang digunakan di dalam kebanyakan produk bagi tujuan menguruskan badan.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan ubat tersebut merupakan bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM dan didapati produk tersebut tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Antaranya, tiada nama sebenar produk dalam bahasa Malaysia, serta tiada maklumat mengenai pengilang, pembungkus, pengedar, atau pemilik hak pengilangan dan pengimport. Oleh itu, produk ini tidak dibenarkan untuk diiklankan atau dijual…