
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik GB Daily Glow Skin Cream, selepas dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
KKM memaklumkan merkuri dilarang di dalam kosmetik, kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan.
“Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” menurut KKM dalam kenyataan.
Susulan itu, KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik terbabit.
“Orang awam yang sedang menggunakan kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan, jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau…