Pada tahun 2019, kerajaan telah mengenakan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.
Mereka yang masih ‘menyalakan api’ atau ‘vape’ di lokasi larangan ini akan dikenakan denda RM150 bagi kesalahan pertama, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.
Peraturan 12 PPKHT 2004 juga menyatakan bahawa pemilik kedai makan perlu memastikan premis mereka kekal sebagai kawasan bebas rokok.
Pemilik kedai juga diminta untuk tidak menyediakan sebarang alat kemudahan kepada perokok seperti bekas puntung rokok ataupun perkhidmatan shisha dan hookah.
Selain itu, mereka perlu memastikan pelekat ‘dilarang merokok’ dipaparkan dengan jelas di kawasan premis makanan.