
Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menyegerakan ketetapan status 200 pegawai psikologi (kaunseling) yang kontrak mereka dilanjut empat kali sejak 2021, menurut seorang bekas senator.
Dr RA Lingeshwaran, menggesa KKM memberikan jaminan atau penjelasan kepada pegawai berkenaan sebelum tarikh tamat kontrak pada Ogos 2026 agar mereka dapat merancang masa depan kerjaya.
“Ketidakpastian status pekerjaan selama bertahun-tahun memberikan tekanan yang tidak sepatutnya kepada para petugas ini,” menurut kenyataan.
Merujuk jawapan KKM di Dewan Negara baru-baru ini, Lingeshwaran berkata 200 pegawai berkenaan dilantik secara ‘contract for service’ (CFS) kali pertama pada 2021, diikuti pelanjutan pada 2022 dan 2024, dan dijadualkan berakhir pada 2 Ogos.
Beliau mengambil maklum KKM sedang memperhalusi cadangan hala tuju bagi perkhidmatan…