
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan penjualan empat produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan merkuri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata produk Bestie Moisturizer Cream dan Abyra Seaweed Skin Care-Seaweed Cell Renewal Night Cream dikesan mengandungi merkuri manakala Gerbera Beauty Treatment mengandungi hydroquinone dan tretinoin dan betamethasone 17-valerate.
Katanya, sementara produk Gerbera Beauty – Whitening Night Cream pula dikesan mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate.
“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan…