Menerusi hantaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka memberitahu sebenarnya tiada beza di antara tekak Melayu dan Cina.
Tetapi, apa yang membezakannya adalah tabiat makan seseorang. Jika seseorang itu sering memakan makanan Melayu, maka dia akan lebih merasai kenikmatan dengan sajian Melayu tersebut meskipun dia bukan berbangsa Melayu.
Sama juga jika seorang Melayu yang gemar dengan makanan Cina. Mereka akan lebih cenderung menikmatinya.
“Aku hirup baunya. Aku mula dengan bismillah. Jangan kata aku tak kongsi. Emmm… layan. Padu betul!
“Ada yang kata menikmati makanan itu cukup sekadar merasa di lidah. Kalau sedap, makan saja. Tak perlu persoalkan keseimbangan rasa, tekstur, atau bagaimana ia berfungsi dalam tekak. Tapi betulkah begitu, atau kita sekadar terbiasa dengan apa yang kita suka tanpa benar-benar memahami bagaimana tekak kita bekerja?
“Setiap kali kita makan, lidah mengesan lima rasa utama. Manis, masin, masam, pahit, dan umami. Isyarat dihantar ke otak,…