Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KKM kesan 3 produk kosmetik beracun

today8 January 2022

Background



Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, menurut Noor Hisham Abdullah. (Gambar Rawpixel)

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata tiga produk berkenaan adalah NP Beauty FM Cream, NP Beauty FB Cream 7g dan AS’S Beauty Night Cream.

Beliau berkata notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Dr Noor Hisham…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post