

Sekatan peruntukan mengurus Kementerian Kesihatan (KKM) kepada RM500 juta menunjukkan kerajaan masih memberi ruang kepada kementerian itu memastikan perkhidmatan sektor penting itu berjalan seperti biasa.
Pakar perubatan kesihatan awam Dr Zainal Ariffin Omar berkata sebarang langkah penjimatan perlu mengambil kira kesan langsung kepada pesakit, operasi hospital dan klinik, bekalan ubat serta keperluan tenaga kerja.
“Kalau benar ia hanya melibatkan peruntukan yang tidak digunakan, maka ia boleh diterima.
“Yang penting, KKM boleh meneruskan operasi harian untuk pesakit. Kita juga berharap langkah ini tidak menjejaskan pengambilan bagi mengisi jawatan kosong yang diperlukan pada masa depan,” katanya kepada FMT.
KKM pada Khamis menjelaskan waran sekatan peruntukan mengurus yang…