Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.
Beliau berkata pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 September lepas manakala ruam mula muncul pada 12 September.
Tambah beliau, individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.
Malah, bilik gerakan mpox yang diaktifkan pada 16 Ogos lepas di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)…
