
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak bercadang memperluaskan pelaksanaan lanjutan waktu operasi (EH) di klinik kesihatan (KK), kata Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata, berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, langkah itu didapati tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan, terutama di zon hijau.
“Ini kerana kita dapati lambakan pesakit dan kehadiran semakin bertambah, walaupun kita perkenalkan EH. Kita dapati EH dijadikan peluang lebih besar kepada klien KKM, apabila pada mereka ini adalah peluang untuk mendapatkan perkhidmatan sistem kesihatan awam.
“Justeru, kita masih mengkaji apakah kaedah sesuai untuk mengurangkan kesesakan di zon hijau, selain terdapat fasiliti kita…