
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluas dan menambah baik fasiliti kesihatan sedia ada dalam usaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit kanser, khususnya kanak-kanak.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, langkah itu perlu untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang sedang mendapatkan rawatan, selain memastikan celik terhadap pendidikan kanser.
“Kanser ialah penyakit yang semakin meningkat di Malaysia, terutama melibatkan golongan kanak-kanak. Lebih 700 kanak-kanak berumur bawah 15 tahun didiagnosis dengan penyakit itu setiap tahun atau secara puratanya dua kanak-kanak setiap hari,” katanya.
“Namun dengan kemajuan rawatan sedia ada, peluang untuk pesakit kanak-kanak ini pulih, meningkat secara mendadak dengan lebih 70% telah sembuh….