
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kos rawatan penyakit berkaitan ‘E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (Evali) dijangka melonjak RM369 juta setahun menjelang 2030.
Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini kos rawatan ditanggung kerajaan bagi penyakit Evali dianggarkan RM150,892.11 bagi setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital selama 12 hari.
“Bermula tahun 2019, sehingga 30 Sept 2024, sebanyak 41 kes Evali dilaporkan ke KKM.
“Selain Evali, notifikasi kejadian akibat pendedahan kepada cecair rokok elektronik atau vape yang diterima oleh Pusat Racun Negara telah mencatatkan sebanyak 111 kes dari tahun 2015 hingga 2023,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang…