Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mengambil maklum berkaitan penarikan balik produk mentega jenama berkenaan dari pasaran Amerika Syarikat.
“Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya membabitkan tiga digit terakhir 425, ditarik balik kerana tercemar dengan bakteria Salmonella.
“Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), ia mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif berkenaan ada diimport ke negara ini.
“KKM sudah meminta pihak syarikat pengimport menarik balik produk yang berkenaan di pasaran. Selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk itu memasuki ke negara ini,” katanya.