

Kuala Lumpur bakal muncul sebagai destinasi utama jelajah konsert antarabangsa di Asia menerusi KL Headline Season 2026, yang menghimpunkan 25 persembahan artis global sepanjang tahun.
Sepanjang musim acara utama ini, Kuala Lumpur dijadualkan menjadi tuan rumah kepada 25 persembahan artis antarabangsa, di enam lokasi dengan sasaran lebih 500,000 peminat dari dalam dan luar negara, menurut penganjur, Live Nation Malaysia.
Antara artis yang bakal mengadakan persembahan termasuk Post Malone, The Weeknd, dan LANY dari Amerika Syarikat, serta BTS dari Korea Selatan.
“KL Headline Season dijangka menyaksikan ribuan rakyat merebut peluang untuk mendapatkan tiket bagi…