Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KL, Selangor, Pulau Pinang catat perbelanjaan sara hidup wajar tertinggi

today2 November 2024

Background


shopping hypermarket
Menurut DOSM, penduduk bandar membelanjakan RM467 seorang untuk makanan setiap bulan, berbanding RM411 dalam isi rumah luar bandar.

PETALING JAYA: Isi rumah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang membelanjakan jumlah tertinggi per kapita setiap bulan tahun lepas bagi Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Menurut laporan Indikator Kos Sara Hidup yang dikeluarkan oleh DOSM hari ini, purata nasional per kapita sebanyak RM1,314 dicatatkan bagi isi rumah di Malaysia, dengan 35% dibelanjakan untuk makanan.

Isi rumah di kawasan bandar membelanjakan RM1,423 sebulan per kapita, manakala di kawasan luar bandar sebanyak RM927.

Tiga negeri mencatatkan perbelanjaan asas tertinggi per kapita terdiri daripada Kuala Lumpur (RM1,755 sebulan); Selangor (RM1,630); dan Pulau Pinang (RM1,471), manakala Kelantan (RM1,018), Perlis (RM1,026) dan Kedah (RM1,034) mencatatkan jumlah terendah.

Menurut DOSM, penduduk di kawasan bandar membelanjakan RM467 seorang untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post