Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Liverpool melalui momen yang penuh debar ketika mereka memenangi Piala FA buat kali pertama sejak 2006 selepas penentuan sepakan penalti yang dramatik menentang Chelsea.
Sekaligus mengekalkan misi 4 piala mereka pada musim ini. Walaupun EPL kelihatan semakin sukar.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley ketika pertahanan asal Greece, Kostas Tsimikas menjadi wira yang tidak disangka sangka mungkin dengan sepakan penentu selepas Alisson Becker menghalang percubaan Mason Mount.
What a moment for Kostas Tsimikas 🥳 pic.twitter.com/9Cmt1qs0Mh
— B/R Football (@brfootball) May 14, 2022
Sebelum itu Sadio Mane berpeluang menamatkan perjuangan Chelsea lebih awal, tetapi sepakan penaltinya diselamatkan oleh Mendy.
Perlawanan akhir yang sengit telah menamatkan keputusan seri 0-0 selepas masa tambahan. Selepas aksi 120 minit penentuan…