Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kok akan ganti Ahli Parlimen Kluang jadi timbalan ketua PAC

today15 July 2024

Background


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kiri) berkata rakan sekerjanya dalam DAP, Wong Shu Qi perlu memfokuskan peranan baharunya sebagai pengerusi TalentCorp.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok akan menggantikan rakan partinya, Wong Shu Qi sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat esok, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membentangkan usul untuk Kok menggantikan Wong sebagai timbalan ketua PAC.

Wong yang juga Ahli Parlimen Kluang selama dua penggal, dilantik timbalan kepada Ketua PAC, Mas Ermieyati Samsudin pada April 2023.

Bulan lalu, Wong dilantik pengerusi Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Menurut The Star, Kok berkata pelantikannya bukan perkara luar biasa kerana Wong perlu memfokuskan peranan baharunya sebagai pengerusi TalentCorp.

FMT sudah menghubungi Wong untuk mengulas.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post