Hot FM

Kolaborasi Pertama Hael Husaini & Cakra Khan

Penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar, Hael Husaini buat pertama kali bergandingan bersama vokalis bersuara unik dari negara jiran Indonesia, Cakra Khan dalam karya terbaru mereka berjudul Terlanjur Cinta. 

Korang dah dengar ke belum?

Terlanjur Cinta mengisahkan tentang cinta yang tak terbalas dari seorang lelaki kepada seorang wanita.

Lagu duet berentak balada ini merupakan hasil ciptaan David Sam serta Irwan Sutanto dan telah dilancarkan di laman YouTube pada 26 Februari lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Terlanjur Cinta arahan pengarah ternama Indonesia iaitu Upie Guava telah meraih lebih 533,000 jumlah tontonan.

Jom kita layan!

Exit mobile version