Buat yang suka mengembara ke luar negara ataupun domestik dengan menaiki kapal terbang, anda pasti sudah terbiasa dengan pelbagai kerenah sebelum, ketika dan selepas menaiki pesawat.
Selain berhadapan dengan perangai penumpang yang kadang kala pelik, juruterbang dan pramugari juga tidak terlepas daripada mendapat kecaman.
Terkini, seorang pengguna sosial media telah memuat naik koleksi cara-cara pramugari melakukan pengumuman sebelum kapal terbang berlepas.
jenis jenis pramugari😅😂 pic.twitter.com/jRhMcT00ou
— V 박지효 🇰🇷🇲🇾🇵🇸 (@vdamiean) July 5, 2020
Sehingga kini, video tersebut telah berjaya menarik perhatian orang ramai dengan perkongsian lebih daripada 14,000 selain ditonton lebih daripada 200,000 kali.
