Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Komen Isu Penyondol, Michael Ang Minta Golongan Wanita ‘Cermin Diri’ – “Jangan Menyalak Macam Anj*ng, Suami Tak Cari Lain Kalau Bahagia”

today16 May 2025

Background

“Lelaki yang curang memang salah, tapi kau tak boleh salahkan penyondol itu sahaja”.

Demikian respons pengarah dan penerbit, Michael Ang ketika mengulas isu ‘penyondol’ yang dikaitkan dengan keretakan rumah tangga seorang wanita.

Kata Michael, wanita yang berdepan dengan situasi tersebut seharusnya mengambil masa untuk menilai dan memahami punca sebenar suami mereka bertindak curang, dan bukannya terus menyalahkan lelaki seratus peratus.

“Penyondol tu takkan berjaya kalau lelaki tu happy dengan kau.

“Apa yang menyebabkan lelaki ni sanggup terima penyondol tu daripad kau yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun tu. Mungkin kau pun ada masalah.

“Lelaki tu memang salah, penyondol tu memang salah juga. Tapi, kita tak boleh salahkan penyondol sahaja sebab you ada tanya tak diri you apa sebab suami tak nak?

“Itu anda tak tengok, yang tahu pergi internet menyalak macam anj*ng,” katanya.

@aididitmyway Yang disondol tu kalau tak goyang, takkan bergoyang. Chill okay? Kadang yang nampak sweet tu bukan tak retak. Jadi apa komen you all semua ? Cuba share sikit. #AididItMyWay #RelaxSikit @Aidid.Marcello @Michael Ang ♬ original sound – AididitMyWay

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat Michael.

Bahkan, menyifatkan  pendapat yang diberikan itu seperti ‘tin kosong’ memandangkan status dirinya yang belum berkahwin.

Written by: Aqilah