Site icon Hot FM

Komen ‘kahwin paksa’ satu teguran, bukan mahu pecah belah, kata Ismail


Bekas perdana menteri itu berkata beliau mahu parti dalam kerajaan perpaduan terutama Umno dan DAP berhenti menyerang antara satu sama lain.

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, Umno dan DAP menerima tegurannya dengan baik dan bekerjasama dengan lebih rapat.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataannya bahawa kerjasama Umno dan Pakatan Harapan (PH) umpama “kahwin paksa” bukanlah bertujuan memecah belahkan kerjasama antara parti dalam kerajaan perpaduan itu.

Beliu sebaliknya menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah suatu teguran supaya hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan dapat diredakan sekali gus menghentikan serangan sesama sendiri.

“Saya beri komen dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada DAP dan Umno supaya janganlah bergaduh di tengah ramai. Petua orang tua dulu, jangan bergaduh di laman rumah. Jiran, orang lalu lalang tengok.

“Jadi saya harap apabila menegur itu, mereka menerima dengan baik dan bekerjasama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version