Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Komen tak sensitif ancam kerjasama, pemimpin Umno beritahu DAP

today30 December 2023

Background


Pemimpin Umno berkata lebih mudah untuk mereka meyakinkan pengundi terhadap kerjasama PH-BN, jika pemimpin DAP mengelakkan isu sensitif.

PETALING JAYA: Pemimpin berpangkat tinggi Umno menggesa pemimpin DAP mengelakkan komen sensitif yang akan menjejaskan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata komen sedemikian akan menyinggung perasaan penyokong akar umbi dan menjejaskan usaha parti itu meyakinkan pengundi terhadap kerjasama PH dan BN.

“Komen sebegini menguatkan lagi tanggapan orang Melayu terhadap DAP sebagai parti Cina yang mahu menyingkirkan Islam dan orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, FMT melaporkan beberapa pemimpin akar umbi Umno bimbang parti itu akan hilang sokongan pengundi Melayu jika terus “mesra” dengan PH.

Seorang pemimpin enggan dinamakan dari Johor berkata walaupun PH memenangi PRK Pulai dan Simpang Jeram di negeri itu, ahli akar umbi Umno tidak berminat membantu calon PH…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Rex Tan


Previous post

Sukan

Rublev perlu kawal kemarahan

Hong Kong: Andrey Rublev yang panas baran mengakui bahawa dia perlu mengawal emosinya dan ‘bersikap lebih baik’ kepada dirinya sendiri jika mahu mencabar kedudukan empat teratas dunia pada 2024.

today30 December 2023