
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa kerajaan pertimbang untuk memohon semakan terhadap keputusan mahkamah berkait komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.
“Kami hormati keputusan mahkamah tapi tidak bererti kami bersetuju,” kata ketuanya, Dr Akmal Saleh di Facebook.
Mahkamah Rayuan pada 26 Julai 2022 memutuskan komik tulisan Hew Kuan Yau itu tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Sebelum itu pada 25 Mei, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Hew untuk membatalkan larangan ke atas komik itu.
Perintah larangan diwartakan pada 2019, apabila kerajaan mendakwa ia mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan, serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.
Ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan…