Ia tular selepas seorang individu di Facebook berkongsi satu adegan di dalam komik berkenaan memperlihatkan beberapa adiwira di dalam komik tersebut hadir ke sebuah majlis tahlil demi memberi penghormatan terakhir buat Ms. Marvel.
Untuk pengetahuan anda, Kamala Khan yang merupakan adiwira Muslim pertama yang memegang gelaran Ms. Marvel, dan dia mendapat pujian kerana memberikan representasi yang baik.
Difahamkan, komuniti Muslim yang berada di New Jersey telah mengadakan majlis tahlil bagi memperingati kematian Kamala Khan dalam komik Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel.
Majlis ini telah dikendalikan oleh imam masjid iaitu Sheaikh Abdullah di masjid New Jersey. Apa yang lebih mencuri tumpuan terdapat beberapa karakter dari Marvel yang hadir ke majlis tahlil tersebut.
Malah, Wolverine juga dilihat memberi salam dan kata-kata positif kepada ayah Kamala iaitu Yusuf Khan. Captain Marvel pula mengenakan pakaian dengan bertudung dan Iron Man membuka kasut untuk masuk…