
PETALING JAYA: Keputusan tidak membenarkan pasukan Malaysia dan Oman menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok merupakan keputusan Komisioner Perlawanan (MC) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi X dengan menyatakan keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
“Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan.
“Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu,” katanya malam ini.
Menurut Bernama, hari ini, pasukan Harimau Malaya dan Oman dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik.
Ketua jurulatih…