Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata proses pertukaran tanah dibuat berdasarkan tahap kemajuan projek itu.

SABAK BERNAM: Kerajaan Selangor mengenal pasti 10 tapak tanah untuk proses pertukaran tanah bagi membiayai kos pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dijangka bermula proses pembinaannya tahun ini.
Menteri Besar Amirudin Shari, berkata lokasi tanah berkenaan antaranya berada di Hulu Selangor dan Pelabuhan Klang dengan proses pertukaran tanah akan dilakukan berdasarkan tahap kemajuan projek terbabit.
“Insya-Allah, kita tidak akan ganti sekali gus namun kita akan tengok mengikut kemajuan. Kalau kemajuan sampai angka tertentu, kita serahkan tanah. Kita dah tawarkan (kepada pemaju) dan sedang muktamadkan sikit sahaja lagi,” katanya selepas…
