Hot FM

Komunikasi seksual: Kes Safiey Ilias disebut semula 27 Okt



Usahawan kosmetik Safiey Ilias berdepan dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja lelaki menerusi Instagram. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan 27 Okt depan untuk sebutan kes usahawan kosmetik Safiey Ilias yang didakwa atas dua pertuduhan termasuk melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurhashimah Hashim memohon tarikh sebutan seterusnya untuk serahan dokumen berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, Nurhashimah memaklumkan bahawa Safiey Ilias, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 28, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Mac lalu, namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Ampang dan hari ini adalah sebutan kali pertama di Mahkamah Ampang.

Penyanyi lagu ‘Syinta Gila’ itu, yang diwakili peguam Harjeet Singh Sidhu, mengaku tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version