
PETALING JAYA: Muhammad Johan Ghazali Zulfikar antara sensasi baharu dalam Muay Thai sekali gus menambah ‘seri’ kepada sukan tempur Malaysia yang ramai atletnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Atlet lain mencipta nama dalam sukan tempur dan bertanding di One FC seperti Anne Osman dan Agilan Thani.
Kelahiran Johan, 18, atau mesra dipanggil Jojo pastinya hadir daripada perkembangan pesat sukan tempur dalam negara menerusi penganjuran banyak pertandingan seperti Mega Fight Night (MFN) di Shah Alam pada 30 Nov lalu.
Namun, di sebalik perkembangan positif itu, komunitinya masih merasakan sukan terbabit seolah-olah dipandang sepi kerana kekurangan sokongan daripada pelbagai pihak bagi mengembangkannya ke peringkat lebih tinggi.

Bercakap kepada FMT, penganjur MFN Max Lee berkata penganjuran sesebuah program sukan tempur mempunyai banyak…