KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.
“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat,” kata beliau di Facebook.
Anwar berkata Malaysia berpendirian semua pihak harus memainkan peranan memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat, dan berusaha mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.
“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera,” kata beliau.
Terdahulu,…