Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Babak Tangisan, Netizen Usik Bella Astillah – “Nasib Baik Pandai Nangis Depan Kamera”

today23 August 2024

Background

Kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah seakan masih belum reda selepas dia dilihat memuat naik beberapa foto yang dipetik dari adegan lakonannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella memuat naik foto adengan menangis beserta kapsyen tertulis, ‘Coming Soon’.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian di ruangan balas, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai respons termasuklah komen nakal seakan memerli pelakon, Ruhainies yang sebelum ini tidak dapat menahan sebak ketika ditemu bual program Melodi susulan isu kes khalwatnya bersama Aliff Aziz.

Bahkan, rata-rata mereka juga menyindir sikap Ruhainies yang dilihat kerap memuat naik hantaran Islamik seolah-olah dirinya paling tersakiti.

Sebelum ini, Bella menerusi temu bualnya bersama media memaklumkan, dia lega apabila segala yang terbuku di hatinya sudah diluahkan menerusi hantaran di Instagram miliknya dan ia sudah tidak lagi menjadi beban buat dirinya.

Kata Bella, dia juga merasakan orang ramai sudah mula muak dengan kisah rumah tangganya yang tidak berkesudahan.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Buat Luahan Hati, Bella Astillah Tak Mahu Kongsi Kisah Perkahwinan – “Orang Sudah Jemu”

ARTIKEL BERKAITAN:Bella Astillah Sifatkan Tindakan Aliff Aziz Bersama Ruhainies Mahu Sebar Aib, Kutuk & Hina Sebagai Plot Twist Terbesar – “Hati Saya Hancur”

ARTIKEL BERKAITAN:Mohon Sindiran Dihentikan, Bella Astillah Jawab Tuduhan Pisahkan Aliff Aziz Dengan Anak-Anak… Dakwa Ibu Mentua Cuba Pengaruh Minda Ayden Ketika Video Call?

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Aliff Aziz Kongsi Petikan Ceramah Hukum Pisahkan Zuriat Dengan Ibu Bapa – “Usah Guna Anak-Anak Sebagai Senjata Puaskan Hati Sendiri”

Written by: Aqilah


Previous post