Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Foto Imbasan Bayi, Hana Ismail Tak Sabar Tunggu Kehadiran Anak Pertama

today23 May 2024

Background

Personaliti TV, Hana Ismail meluahkan rasa teruja menantikan bayi sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail, berkongsi foto imbasan bayi berserta nukilan buat permata hatinya itu.

Menurut Hana, dia bersyukur Allah hadirkan bayi dalam hidupnya serta menyifatkan kehadiran orang baru itu mengubah hidupnya.

“Subhanallah, Umi just can’t help but to look at your scan pics over and over again. Perasaan semacam apa yang Allah beri pada Umi yang membuat Umi ralit melihat foto awak ni?

“Demi Allah & Rasul, dalam segala kecelaan & kehinaan Umi, Allah kurniakan Cahaya yang indah lagi sempurna berupa awak. See how merciful the Ar Rahiim? Awaklah Cahaya Umi dalam kegelapan,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, Dai Syed itu merasakan tidak sabar untuk menantikan cahaya mata pertama mereka kelak.

“Words can’t exactly describe how excited I am to see you, my light. Umi tak dapat janjikan kesempurnaan nanti dalam membesarkan awak but I promised you that I’ll be there every step of the way. Kita tempuh sama-sama ya? You & me, habibty!

“Kita jumpa nanti pada waktu yang telah dijanjikanNya di alam ini. In the meantime, keep on kicking keep on thriving inside although Umi terpaksa ke klinik tadi to manage the pain.

“Love you always always, my Light,” coretnya lagi.

Terdahulu, Dai Syed memaklumkan Hana mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu namun dia dan isteri reda dengan kejadian itu.

Untuk rekod, Hana dan Syed mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Dai Syed, Hana Ismail Bakal Timang Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Β [VIDEO] Tunjuk Keputusan Baby Scan, Dai Syed & Hana Ismail Beri Bayangan Bakal Timang Cahaya Mata?

ARTIKEL BERKAITAN:Β Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pelaku, Ini Respons Hana Ismail – β€œThis Is Not How A Victim Would React”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post