Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Foto Pakai Tudung, Netizen Doakan Bella Astillah Berhijab

today13 November 2022

Background

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terus menjadi bahan bualan warganet di media sosial kerana penampilannya semasa menghadiri satu majlis ilmu meraih pujian ramai.

Tampil mengenakan hijab, Bella yang hadir di majlis ilmu dengan menggayakan jubah berserta tudung labuh berona hijau anjuran Neelofa itu dipuji sangat manis dan comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Bella sendiri di laman Instagram miliknya, isteri pelakon Aliff Aziz juga sempat berswafoto bersama rakan artis yang lain dan juga merakamkan sedikit perkongsian yang dibuat oleh Oki Setiana Dewi.

Susulan daripada perkongsian itu, kapsyen yang ditulis oleh Bella seolah-olah berharap agar dirinya dapat menjadi insan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, ceriakan hati dengan senyuman dan jalani hari dengan keikhlasan.

“Rahmat Allah S.W.T Maha luas. Seseorang hamba-Nya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Bella terbuka hati untuk berhijab dan ada juga yang memuji kecantikan Bella yang manis mengenakan tudung.

“Alhamdulillah, insya-Allah semoga Allah bagi peluang untuk istiqamah. Cantik kak Bella berhijab, masya-Allah.” tulis seorang warganet.

Written by: Salma


Previous post