Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Foto Sarat Hamil, Comelnya Baby Bump Syifa Melvin!

today1 July 2023

Background

Sebelum ini, pemain bola sepak popular, Safawi Rasid memberikan ‘hint’ isterinya, pelakon Syifa Melvin sedang hamil apabila dia menjaringkan gol ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kepulauan Solomon.

Terbaharu, berita gembira itu telah disahkan sendiri oleh Syifa menerusi kemas kini Intagram miliknya.

Syifa yang kini sedang sarat hamil berkongsi foto sambutan Aidiladha bersama Safawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)

“Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah swt akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hambaNya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib, Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaranMu, Aamin…

“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini, Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah” tulis Syifa di kapsyen.

Menerusi hantaran foto itu, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu meminta orang ramai agar mendoakan mereka dan juga kandungannya.

Netizen memeriahkan ruangan komen dengan ucapan tahniah.

“Tak sabar nak tengok Syifawi junior

“Congratulations Syifa and Hubby!

“Syifa semoga sihat selamat semuanya sampai proses melahirkan,” komen netizen.

Terdahulu, Safawi telah mengesahkan bahawa Syifa sedang hamil dan kandungannya berusia 6 bulan.

Written by: Salma


Previous post