Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Gambar Berdua, Peminat Mahu Yasmin Hani & Alif Hadi Segera Nikah… Ada Netizen Persoal: “Mesra Sangat, Dah Kahwin Ke Belum?”

today23 May 2023

Background

Kemesraan pelakon dan pengacara Alif Hadi dan Yasmin Hani sentiasa mendapat perhatian pengikut kerana sering memuat naik foto bersama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Video Momen Mesra Bersama Anak-Anak Yasmin Hani, Kapsyen Alif Hadi: “Walaupun Bukan Darah Daging”

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali Bersama Dengan Bekas Suami? Ini Jawapan Yasmin Hani – “Saya Tak Boleh Cakap Tidak Sebab…”

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila Yasmin berkongsi foto mereka berdua yang mengenakan pakaian serba hitam.

Tampil dengan gaya yang cukup mesra, ternyata perkongsian Yasmin itu menjadi perhatian peminat.

Manakan tidak, kemesraan mereka seolah-olah pasangan itu sudah berumah tangga.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Malah, ramai juga meminta pasangan ini segera bernikah.

Namun disebalik komen-komen tersebut, ada juga komen seolah-olah mempersoalkan status mereka dek kerana kemesraan foto tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Yasmin itu telah meraih lebih 10,440 tanda suka dan lebih 120 komen.

Written by: Aqilah


Previous post