Pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto terkininya dengan memakai pakaian mencolok mata di Instagram pada Khamis.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra dengan panggilan Sakinah sekali lagi tampil memakai ‘solid bandeau tube’ berwarna biru dan kain berwarna hitam yang hanya menutupi bahagian atas dan bahagian punggungnya sahaja.
“Got love handles, but can’t handle love,” tulisnya.
View this post on Instagram
Difahamkan, Sakinah memuat naik foto tersebut bersesuaian dengan produk penjagaan kulit yang ingin dipromosikan.
Namun, hantaran berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya termasuklah ada yang tampil berani menyindir dengan mengatakan bahawa foto tersebut merupakan latihan menghadapi panasnya api neraka.
Seperti sudah lali dengan kecaman yang diberikan, Sakinah bagaimanapun berdiam diri dan tidak memberikan komen balas pada hantaran berkenaan.
Terdahulu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini pernah menerima beberapa komen lucah apabila memuat naik foto berkemban selepas melakukan proses menggelapkan warna kulitnya.