Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Harga Barang Peribadi Bernilai RM656,000 Di Instagram, Warganet Tuduh Cik B Menunjuk

today9 September 2022

Background

Nama anak kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV), Cik B heboh menjadi bualan hangat di media sosial selepas berkongsi foto harga barangan peribadinya di Instagram.

Hantaran tersebut memaparkan foto penampilan penuh Cik B berserta harga untuk setiap barangan seperti jam berjenama mewah mencecah RM530,000, jacket jenama terkenal berharga RM14,400 dan beberapa perhiasan lain.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa Cik B semakin menunjuk-nunjuk di khalayak umum serta dikatakan mengikut cara ibunya, DSV.

β€œDah ikut perangai mak dia, sayang dulu tengok macam humble,” tulis netizen berkenaan.

Namun begitu, rata-rata netizen turut terkesima melihat harga setiap barangan peribadi selebriti tersebut.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang berkata harga satu jam mewah Cik B boleh membeli sebuah rumah.

Lebih menghiburkan, sesetengah daripada netizen bermohon untuk menjadi adik-beradik angkat Cik B gara-gara kemewahan yang dimilikinya.

Difahamkan, harga barangan peribadi tersebut ditulis oleh pemilik akaun Instagram Beast Lab sebelum dikongsikan semula oleh Cik B.

Written by: Aqilah


Previous post