Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly seakan memberi ‘hint’ bakal menerima menantu Mualaf apabila berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian video tersebut, Sheila yang ditemani ahli keluarga dan teman rapatnya, berada di sebuah masjid dan sama-sama menyaksikan proses tersebut berlangsung.
Malah, anak bongsunya, Luth Mikail kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika teman wanitanya yang dikenali sebagai Beatrice Chitra itu mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
Menerusi pemerhatian XTRA, Elisya Sandha juga turut berkongsi video sama memaparkan momen-momen di mana Mika gagal menahan sebak sebaik sahaja kekasih hatinya itu melafazkan kalimah suci tersebut.
“A life changing moment for Mikha. Watching someone he loves find peace and purpose in her first step into Islam. Alhamdulillah,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan berharap segala urusan keluarga Sheila Rusly dan Jinggo berjalan lancar.