Pelakon, Fathia Latiff meraih tumpuan apabila berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang bersenam di taman.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Fathia atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, kelihatan bersemangat berlari perlahan sambil merakam dirinya.
“Morning, jogging time,” tulisnya ringkas.
View on Threads
Menerusi ciapan lain, aktres drama rantaian terkenal Ariana Rose ini turut bertanya kepada pengikutnya di media sosial sekiranya dia akan kelihatan lebih cantik jika kurus.
“Rasa kalau kurus boleh cantik balik tak?,” soalnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menitipkan sokongan kepada Fathia untuk terus berusaha dan tidak patah semangat dalam perjuangannya menurunkan berat badan.
Malah, ramai juga dalam kalangan netizen menyifatkan Fathia adalah selebriti wanita paling cantik dalam era 90-an.

Sebelum ini, Fathia pernah meluahkan rasa sedih apabila melhat perubahan wajahnya sehingga mengakui perkara itu membuatkan dirinya tidak lagi bersemangat untuk tampil bergaya seperti dahulu.
Artikel Berkaitan: “Saya Rasa Makin Teruk” – Fathia Latiff Akui Buat Filler, Terluka Jadi Mangsa Face-Shaming Sampai Hilang Keyakinan Diri
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Sedar Wajah Dikrtitik ‘Tak Cantik’ – “Saya Tak Dilahirkan Untuk Kekal Sama”