Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kongsi Video McLaren 720s, Aaron Aziz Berjaya Miliki Kereta Mewah?

today2 November 2022

Background

Perkongsian pelakon popular Datuk Aaron Aziz yang memuat naik video sebuah kereta mewah McLaren di laman TikTok menjadi bualan warganet.

@therealaaronaziz Dah Salam maknanya jadi la cita cita saya. Jgn jealous k. Tak main lah Ferrari atau Lamborghini…. This is my MCLAREN!!!! #f#ffy #fyp #fypã‚· #fypage #fypシ゚viral ♬ original sound – aaron aziz

Menerusi video tersebut, Aaron bersalam dengan dua orang individu ketika berada disebelah kereta McLaren berwarna kuning.

“Dah salam maknanya jadilah cita-cita saya. Jangan cemburu okay. Tak mainlah Ferrari atau Lamborghini… This is my McLaren!” tulisnya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelakon tersebut yang berjaya miliki kereta idamannya.

Berdasarkan pencarian di internet menerusi laman web Zigwheels.my, kenderaan mewah jenama McLaren 720S Spider 2022 dijual dengan harga RM1.22 juta.

Written by: Salma