Balu allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 33, mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video menyambut ulang tahun kelahirannya dipercayai bersama insan istimewa.
Video yang dimuat naik di platform TikTok itu memaparkan Hidayah kelihatan gembira disamping jejaka tersebut, namun begitu wajah gerangan lelaki itu ditutup dengan emoji.
@hidayah_hamzah Terima kasihhhh semua yang mendoakan Birthdayyyy sayaaaaa thanksss hadiahhh 🤍😘❤️🤍🤍#happybirthday #turn33
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik untuk jodoh Hidayah setelah 5 tahun bergelar ibu tunggal semenjak kematian suaminya, pelawak Allahyarham Abam.
Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.
Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.
Artikel Berkaitan: Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru
