

Seorang pekerja swasta kerugian RM636,123 selepas terpedaya dengan janji keuntungan 30% menerusi satu skim pelaburan secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 57 tahun yang membuat laporan polis semalam sebelum itu melihat iklan pelaburan saham dikenali sebagai ‘Bookmap Malaysia’ di Facebook pada 3 November lalu.
Katanya, suspek kemudiannya menawarkan skim pelaburan kepada mangsa dengan menjanjikan keuntungan 30% dengan modal minimum RM10,000.
“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengarahkan mangsa untuk memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali `BM-max’ melalui pautan yang diberikan menerusi WhatsApp.
“Bermula dari 9 Januari hingga 11 Februari lalu, mangsa membuat sebanyak empat transaksi pindahan wang kepada empat akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM636,123.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: