
PETALING JAYA: Pemuda PAS Kelantan bimbang dengan penganjuran Konsert Riuh Sokmo yang berlangsung di negeri itu minggu ini kerana disifatkan bertentangan dasar “Membangun Bersama Islam” dibawa kerajaan negeri pimpinan PAS.
Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, beliau menerima pelbagai pandangan ramai yang kebanyakannya menyatakan kebimbangan sama berhubung suburnya budaya konsert di negeri itu.
“Dewan Pemuda PAS Kelantan merasakan kebimbangan yang sama sementelah negeri ini telah mempunyai identiti adat dan budaya tersendiri dengan dasar ‘Merakyat Membangun Bersama Islam’.
“Anak-anak muda pastinya menjadi sasaran utama kepada siri-siri konsert serta hiburan diadakan dan hal inilah amat membimbangkan semua pihak termasuk golongan ibu bapa, pimpinan setempat dan…