
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata konspirasi untuk memecah-belahkan parti itu gagal selepas semua kepimpinan menyatakan sokongan dan kekal berdiri teguh di belakang Presiden Muhyiddin Yassin.
“Usaha musuh yang berkonspirasi untuk memecah keutuhan Bersatu telah gagal dan berkecai. Kami tetap bersatu, MPT bersidang malam tadi (semalam) dan mengulangi ikrar dan tekad kami untuk meneruskan perjuangan keramat ini demi umat dan negara.
“MPT sebulat suara mendukung dan mempertahankan kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden dan pengerusi PN,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Azmin berkata, Bersatu juga akan terus mengangkat suara rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi serta kos sara hidup serta akan berjuang bersama anggota perkhidmatan awam…
