
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia bakal bergaya dengan busana bertemakan baju Melayu rekaan Rizman Ruzaini pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai ini.
Perkara itu disahkan Ketua Kontinjen (CDM) Hamidin Mohd Amin dan busana akan dipakai pada perarakan pembukaan Olimpik itu bakal diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.
Jenama Rizman Ruzaini menerusi gandingan Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil baru-baru ini mencipta sensasi kerana mereka busana bagi penyanyi terkenal, Lady Gaga untuk persembahan di Las Vegas.
Hamidin ditemui pada majlis memperkenalkan jenama Skechers selaku kasut rasmi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 dengan jumlah tajaan RM194,290 di Wisma OCM.
Olimpik Paris dijadualkan bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sementara itu, Hamidin percaya keputusan Kesatuan Olahraga…