
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melanjutkan kontrak 200 kaunselor sehingga Ogos 2025, kata Menterinya, Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan bertulis Parlimen, Zaliha berkata ia adalah sebagai langkah awal bagi memenuhi keperluan rakyat untuk perkhidmatan melibatkan kesihatan mental.
“Bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik di seluruh negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kaunseling dan psikiatri termasuk melaksanakan usaha kolaboratif dengan agensi lain dan swasta,” katanya.
Beliau berkata kementerian telah mengambil beberapa langkah lain untuk menambah bilangan pakar psikiatri di negara ini seperti melantik semula pakar psikiatri bersara secara kontrak untuk berkhidmat dengan kementerian berdasarkan keperluan perkhidmatan dan bidang…
